Kanak-kanak mempunyai kebolehan dan bakat yang tersendiri dan semulajadi. Tetapi mereka memerlukan pendorong dan pembimbing untuk mengembangkan bakat mereka. Ibu bapa dan guru adalah pembimbing utama dalam usaha memantapkan lagi kebolehan yang mereka miliki. Usaha membina asas pengetahuan yang kuku berteraskan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak harus dietrapkan sejak awal agar akhirnya dapat membentuk peribadi mulia. Buku Awal Tulisan ini diharap dapat membantu para ibu bapa dan guru memulakan usaha menyemai minat kanak-kanak terhadap ilmu pengetahuan. Selain membaca, kemahiran menulis juga adalah sangat penting. Menerusi buku ini mereka dilatih mempelbagaikan kemhairan menggunakan jari dan tangan, mengenal huruf dan bentuknya, serta menulis perkataan dan ayat yang mudah.
Install this DIDIKSchool2U on your : tap and then Add to Home Screen